Daisypath

Sunday, August 9, 2009

Love Note 004 - Nukilan Sepi Ini

Nukilan sepi ini,
Ku tulis dikala malam menyisih pergi,
Fajar menjenguk kembali,
Hasil daripada perasaan kesunyian aku ini,
Memikirkan betapa kosongnya duniaku tanpa kamu,
Aku renung kembali pada saat-saat kita bersama,
Betapa indahnya aku sendiri tak terkata,
Perasaan berputik antara kita,
Oh syukur aku kepada-Nya,
Kerana dikurniakan kamu sebagai peneman di dunia dan akhirat,
Memberikan aku erti kehidupan yang sempurna yang aku impikan.

Nukilan sepi ini,
Aku rasakan ianya tiada erti lagi,
Kerana aku sendiri menyedari,
Nilai sebenar suatu perhubungan kini,
Terletak pada perasaan hati,
Biar jauh di mata,
Jangan jauh di hati,
Siapa yang rela melupakan kekasih sendiri,
Andai tiada cinta yang suci.

Nukilan sepi ini,
Makin lama akan berhenti,
Menanti tiba saat datang kembali,
Mentari terang menyinari,
Dua hati kita yang sedang bercinta,
Dilanda mabuk asmara,
Di nahkoda cinta yang gagah,
Menyeberangi lautan halangan penuh membara,
Ku genggam tanganmu kasih,
Bersama kita menghilangkan sepi,
Supaya sepi di hati tiada lagi.

Brought to you by: Khirol

0 comments:

Post a Comment

 

Two Hearts Beating As One © 2008. Design By: SkinCorner